KAWAN :)

7 Perkara Tentang Kawan Sejati :

1. KAUNTER ADUAN

Dia boleh menjadi tempat anda meluahkan segala-galanya. Ketika anda meluahkan isi hati di tengah         malam pun, dia tidak akan merungut walaupun terpaksa menahan telinga mendengar anda membebel marahkan boyfriend atau girlfriend anda. Dia tetap setia mendengar walaupun dengan mata yang separuh pejam.

2. BURUNG HANTU

Tetap segar dan cergas untuk berbual dengan korang walaupun gagang telefon telah terasa panas di telinga. Jam telah menunjukkan pukul 1 pagi tapi dia masih mempunyai cerita untuk berkongsi bersama-sama.

3. PETI KESELAMATAN

Mulutnya seakan-akan dikunci rapat walaupun telah seribu satu macam rahsia telah korang curahkan kepadanya. Kamu boleh percaya 101% yang rahsia korang selamat dengannya. Biar macam mana kamu bergaduh, rahsia korang tetap selamat.

4. TUKANG KEPOH

Setiap kali hari jadi korang, mesti dia orang pertama yang akan merancang sambutan, mengingatkan kawan-kawan yang lain dan yang paling penting akan menjadi orang pertama yang mengucapkan selamat ulang tahun kepada korang.

5. INFORMASI TERKINI

Korang boleh lepak di kedai kopi sambil berborak dan bergosip cerita- cerita terkini. Malah korang akan berasa up-to-date dengan ada saja informasi terkini yang disampaikan oleh kawan sejati korang.

6. PENGKRITIK HEBAT

Dia memang layak menjadi juri untuk diri korang. Dengan selambe je kritik cara korang berpakaian dan berfesyen. Dan yang peliknya teguran dia lansung tak menaikkan kemarahan korang.

7. JADI DIRI SENDIRI

Korang boleh jadi diri sendiri tanpa berpura-pura jadi orang lain. Walau siapa pun korang, walaupun korang tengah pokai, tapi dia tetap menganggap korang adalah sahabat terbaik yang korang pernah jumpa. Dan inilah buktinya yang si dia memang kawan sejati yang korang cari selama ini.

So, hargailah kawan yang korang ada sekarang ni dan jangan sia-siakan diorang okay :D