"Dah terhantuk baru terngadah" :')

Assalamualaikum :)

Minggu pertama Syawal ny aku rasa macam diulit bahagia sangat dan bercelaru pun ada. Ny semua disebabkan 'dia'. Yess, aku hanya akan gelarkan orang itu sebagai 'dia' jea. Memang aku pernah ada berhubung kait dengan 'dia', tapi tu semua dulu. A couple years ago. 
Times passed out, people begins to change. Sekarang ny aku dengan 'dia' dah bertahun dah kenal. Hati budi masing-masing dah tahu. Baik buruk kita dah tahu. Makan minum kita dah tahu. Hal keluarga kita dah tahu. Apa lagi yang belum?
 Orang selalu cakap "Jodoh di tangan tuhan". Niat kitorang nak kekal tak  kesampaian. Tapi takpe tu semua lumrah dunia kan. Kita tak tahu apa yang nak jadi. Kita cuma mampu redha dan berserah jea. Mungkin salah kita sendiri benda tu jadi macam tu. Who knows? Sekarang kitorang cuma 'kawan lama'. 'Dia' pun dah ada yang punya dan aku taknak jadi pengacau. Takpe laa kalau kitorang sekadar "kawan lama", janji kita masih ada hubungan :) Semoga hubungan "kawan lama" kita ny berkekalan. Cuma tu jea yang aku harapkan. 
Memang seronok sangat dapat berbual-bual dengan kawan lama. Macam-macam yang nak cerita. Pasal awek baru, pakwe lama, macam-macam lagy lah. Bila berbual dengan 'dia' tak ingat dunia. Bom meletup sebelah rumah, petir sambar bumbung rumah. Memang takkan perasan semua tu. Dah lama tak rasa seronok macam ny, walaupun sekadar berbual dalam phone. Aku bersyukur sangat sebab kitorang masih ingat sesama sendiri walaupun masing-masing dah buat hal sendiri. Aku takkan pernah lupakan 'dia'. Insyallah :')
Sebenarnya tujuan post ny ditulis bukan untuk tunjukkan yang aku ny 'syok  sendiri'. Tapi aku cuma nak korang tahu perasaan sebenar aku. Aku tak berharap pun 'dia' akan baca post aku ny dan tak berharap juga respon daripada 'dia'. Aku cuma nak dia tahu jea yang perasaan aku tak pernah berubah. Sampai sekarang hubungan aku dengan orang lain tak kesampaian juga sebab 'dia'. Aku TERingat 'dia', TERindukan 'dia' sampai orang lain perasan perubahan aku. Sekarang ny"dah terhantuk baru terngadah". Sesuai sangat perumpamaan tu untuk aku, aku sedar :')